Minggu ini pihak SPR baru sahaja mewarwarkan adanya Peperiksaan Online untuk menjadi Pegawai Tadbir Daerah N41 pengambilan oleh SPR Kelantan.
Bagi saya, ini adalah satu peluang baik dan tak patut dilepaskan. Maklumlah, bakal bekerja di Kelantan kalau dapat diterima.
Sebelum ini saya pernah menduduki peperiksaan PTD pada akhir tahun 2014 tetapi dukacitanya saya tidak berjaya. Tapi ia bukanlah alasan untuk tidak mahu mencubanya lagi kerana telahpun tahu selok belok soalan yang bakal ditanya.
Peperiksaan Online PTD 2015 mengandungi 3 Bahagian, iaitu Ujian Psikometrik, Pengetahuan Am dan Daya Menyelesaikan Masalah. Nampaknya ada perubahan sedikit daripada susunan sebelum ini. Sebelum ini Ujian Psikometrik adalah bahagian ke tiga, Pengetahuan Am bahagian pertama dan Daya Menyelesaikan Masalah adalah bahagian kedua.
Ada yang nak saya kongsikan ke apa yang saya tahu?
Baiklah, Ujian Psikometrik ini untuk mengetahui minat kita terhadap pekerjaan ini nanti. Ujian Pengetahuan Am lebih kepada pengetahuan berkisarkan kenegaraan, Rancangan Malaysia dan dasar dan hala tuju negara.
Untuk Ujian Daya Menyelesaikan Masalah tentunya berkisarkan cara menyelesaikan masalah termasuk soalan matematik. Fuh susah juga kan bunyinya..
Memang seingat saya macam tak sempat juga nak selesaikan masalah yang diberikan tu.
Masa tu, saya ada terima emel untuk mendapatkan Rujukan Pantas Peperiksaan PTD tetapi saya tidak mahu mendapatkannya. Dan akhirnya saya rugi sebab tak dapat kan hikhik.
Kali ini , kalau ditawarkan sekali lagi, pastinya saya tak mahu menolak sebab ramai calon yang berjaya selepas mendapatkan panduan tersebut.
Ada yang nak join sekaki tak? Meh isi lah nama dan emel dulu kat bawah ni ye.
Kalau ada saya akan kongsikan.
Thursday, 19 November 2015
Tips PTD 2015
Home
Peperiksaan Online PTD
Peperiksaan PTD
Tips PTD 2015
Bakal Menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Daerah N41 ?
Bakal Menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Daerah N41 ?
Tips PTD 2015
No comments:
Post a Comment