• Breaking News

    Perkongsian tentang tips-tips perniagaan online, motivasi dan kehidupan. Saya akan kongsikan perniagaan membuat duit yang halal dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    Tuesday 26 January 2016

    "Peniaga Online Wajib Daftar SSM". Susah ke Nak Daftar ?

    Peniaga Online Wajib Daftar SSM

    Peniaga Online Wajib Daftar SSM. Itulah tajuk utama yang mewarnai akhbar tabloid.
    Inilah realiti yang harus para peniaga tak kira yang mempunyai kedai ataupun kedai maya sama ada facebook, instagram atau channel pemasaran lain harus tahu, Anda harus berdaftar Tubuh Perniagaan dengan SSM.

    Lepas tu, mulah ada yang merungut. " Ala, niaga untuk RM10 pun kena SSM ke. ". "Ini taktik kerajaan lah tu nak kenakan cukai kepada kita. " Tak kurang juga ada yang memberi komen positif.

    Alkisahnya, kita tertakluk kepada Undang - Undang. Ingat ke Rukun Negara ke 4? Kedaulatan Undang - Undang.

    Jadi jika anda meniaga online, daftar sahajalah perniagaan anda.


    Untuk menubuhkan perniagaan ini tidaklah sesusah mana pun.

    Langkah Menubuhkan Perniagaan di SSM

    1. Pendaftaran Perniagaan (ROB) untuk individu ataupun perkongsian (dan juga Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ) adalah paling senang ditubuhkan.

    2. Nama Perniagaan - Anda boleh memilih untuk mendaftarkan menggunakan Nama Sendiri (Sama seperti dalam MyKAD anda) ataupun menggunakan Nama Perniagaan yang Khusus Seperti ABC Enterprise, DEF Trading atau JFK Resources. 

    Untuk Pendaftaran Menggunakan Nama Sendiri, kos pendaftaran hanyalah RM30 / setahun. 

    Jika anda memilih untuk menggunakan Nama Perniagaan yang Khusus, pun hanyalah RM60 / setahun.

    3. Anda harus mengisi borang PNA42 untuk membuat pemilihan Nama Perniagaan.
    Borang A untuk mengisi Maklumat Perniagaan anda.
    Borang B untuk mengisi Maklumat Pemilik Perniagaan.

    4. Jika anda ke kaunter pertanyaan SSM, borang ni diberikan sekaligus. Jadi tak payah pening - pening nak tahu apa itu borang PNA42 ,Borang A dan sebagainya. Ambil borang dan lengkapkan.

    5. Anda juga harus menyediakan salinan Kad Pengenalan MyKad anda untuk membuat pendaftaran.



    6. Biasanya proses hanya mengambil masa 1 jam sahaja, daripada jangkamasa Nombor dipanggil untuk pembayaran pendaftaran dan sehingga salinan Perniagaan diterima.

    7. Sedikit tambahan, anda juga dikenakan caj RM10.60 untuk salinan SSM yang diberikan. Salinan ini haruslah dipaparkan di Kedai anda, ataupun memaparkan nombor pendaftaran perniagaan di laman menjual anda. 

    8. Untuk permohonan online, sistem e-Lodgement SSM masih lagi belum dinaiktaraf. Anda tidak lagi mampu membuat sebarang transaksi online melibatkan SSM.


    No comments:

    Post a Comment

    Fashion

    Beauty

    Travel