• Breaking News

    Perkongsian tentang tips-tips perniagaan online, motivasi dan kehidupan. Saya akan kongsikan perniagaan membuat duit yang halal dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    Wednesday 25 November 2015

    5 Program Untuk Anak Semasa Cuti Sekolah


    Dah hampir seminggu cuti sekolah kan? Tapi kadang - kadang tak tahu apa nak buat untuk anak - anak.

    Saya nak kongsikan beberapa aktiviti supaya anak - anak tidak hanyut dalam percutian yang panjang ni. Tambahan lagi, kita pula bekerja, tak tahu apa aktiviti anak - anak.

    1. Hantar anak menyertai Kem Motivasi


    Sekarang, boleh dikatakan banyak Kem yang dianjurkan oleh pihak Masjid, Pakar Motivasi, malah ada juga yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa.

    Kebanyakan masa, pengisian adalah sangat ilmiah dan membina jatidiri anak. Mereka akan diberikan pengisian keagamaan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpasukan dan yang paling penting, mereka juga diterapkan untuk menghormati ibu bapa dan mengenang jasa.

    2. Hantar balik kampung


    Saya percaya, ramai ibu bapa yang masih mempunyai ibu bapa dan merupakan atuk dan nenek di kampung.

    Dalam kesibukan kita, dengan menghantar anak di kampung, sudah pastinya ia memberikan ketenangan dan kerehatan minda terutama untuk anak yang berada di bandar.

    Kehidupan di kampung lebih terkawal kerana di sana atuk dan nenek akan sentiasa mengambil berat aktiviti mereka.

    Anak pun kita pesan untuk tidak menyusahkan mereka, tetapi untuk membantu meringankan kerja kerja mereka di kampung. Bolehlah mereka bercucuk tanam, menghargai alam sekitar, menangkap ikan dan sebagainya.

    Permainan di kampung juga lebih tradisional. Boleh bermain galah panjang, bermain sepak raga, bermain wau dan bermacam lagi.

    3. Menyertai Kelas Seni Pertahankan Diri


    Seni mempertahankan diri adalah satu seni yang merangkumi aspek disiplin, kemahiran dan fokus.

    Dengan pelajar menyertai kelas mempertahankan diri, ia semestinya memberi satu kelebihan dan keyakinan diri apabila berhadapan dengan siapa sahaja.

    Kita tidaklah mahu mereka menjadi punca pergaduhan, tetapi apabila diluar diganggu oleh anasir luar, sudah pastinya mereka boleh menggunakan ilmu yang dipelajari dengan baik.

    4. Aktiviti Riadah Keluarga


    Apa kata, selain kita bagi anak sahaja mengikut aktiviti, kita pun turut serta. Ambil cuti seminggu dan rancang satu percutian mengikut kemampuan. Contohnya mengikuti homestay. Mempelajari budaya luar juga satu nilai tambah bagi anak kita.

    Mereka akan mengenal budaya bangsa dan adat setempat dengan lebih mendalam. Selain itu, ia adalah satu proses membuka minda anak untuk lebih menyelongkar dan minat ingin tahu tentang sesuatu.

    Saya pernah mengikuti OPKIM semasa belajar dahulu yang mana ia dibuat di kawasan pedalaman Sik, Kedah. Daripada aktiviti keluarga angkat ini, kita mengetahui latar belakang keluarga, pekerjaan mereka, dan juga cara hidup mereka.

    Sebelum ini saya pun tak pernah tahu, adanya skim Air Bukit, iaitu sistem air paip yang diambil daripada bukit. Tanpa melalui proses tapisan kerana sudah tentunya air bukit adalah segar dan bersih.

    5. Berikan Jadual Kerja kepada Anak-Anak


    Memandangkan pelajar tidak mempunyai sebarang komitmen pelajaran semasa bercuti sekolah, ibu bapa boleh mengambil peranan dengan menyediakan jadual waktu mereka di rumah.

    Rancang tiga aktiviti harian yang perlu mereka lakukan. Saya berikan contoh.


    • Berikan bahan bacaan, dan minta mereka baca. Kemudian buat audit dengan cara meminta mereka ceritakan kembali apa yang telah dibaca. Boleh buka perbincangan yang santai.
    • Berikan satu aktiviti minda (macam bina rumah daripada lego menggunakan 2 sahaja tiang di bawahnya.
    • Latih mereka untuk hafal lagu (English) dan terjemah maknanya. Otak kanak - kanak cepat tangkap kalau belajar dengan lagu dan pada masa sama mereka akan menambah vocabulary.

    Nampak simple sahaja kan. Tak perlu sediakan aktiviti yang berat sehingga menambah beban mereka.

    Semoga bermanfaat. 

    No comments:

    Post a Comment

    Fashion

    Beauty

    Travel