• Breaking News

    Perkongsian tentang tips-tips perniagaan online, motivasi dan kehidupan. Saya akan kongsikan perniagaan membuat duit yang halal dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    Tuesday 1 March 2016

    Tips Peperiksaan Separa Perubatan 2016

    Ramai calon - calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Separa Perubatan 2016 yang akan berlangsung pada 8 Mac 2016 tentunya mencari - cari apakah tips untuk lulus kan?

    Ok, secara mudahnya, adik - adik yang bakal mengambil peperiksaan separa perubatan adalah lepasan SPM yang memohon menerusi portal SPA. Dan sudah tentu adik - adik maklum, apa tugas dan skop kerja sebagai Juru Separa Perubatan ni.

    Ianya senang cerita, tentunya untuk berkhidmat di sektor kesihatan.

    Jadi apa yang adik - adik tahu tentang kesihatan ? Adik tahu tak apakah penyakit utama yang membelenggu rakyat Malaysia ? 
    Ya betul, sudah tentunya penyakit jantung, penyakit kencing manis dan darah tinggi. 

    Adik juga kena tahu asas - asas tentang anatomi manusia. Manusia ada berapa jenis darah ? Ada darah jenis A, B, AB dan O. 

    Selain tu, apakah penyakit yang sering menghantui penduduk di Malaysia ? kalau dulu penyakit taun adalah penyakit utama. Tapi sekarang sistem perpaipan di Malaysia sudah semakin baik dan rakyat sudah menikmati bekalan air terawat hampir di semua rumah termasuk di pelusuk kampung.

    Tapi masalah yang sering membelenggu adalah penyakit demam denggi akibat kebersihan yang tidak dijaga dengan baik.

    Ok , itu adalah berkaitan dengan pengetahuan am kesihatan di Malaysia. Bagaimana pula dengan struktur Pentadbiran Kesihatan di Malaysia ? Seperti contoh, apakah kementerian yang menaungi semua hospital dan klinik di Malaysia ? betul , kementerian kesihatan Malaysia yang bertindak memantau semua operasi hospital dan klinik di Malaysia. 

    Adik-adik kena juga tahu apa kah dasar kesihatan Negara? apakah klinik 1 Malaysia ? 

    Banyak tak yang nak kena buat persiapan.. 

    Selain tu, adik tahu tak format peperiksaan separa perubatan macam mana?

    Ye, kalau adik ada baca emel daripada pihak SPA, adik akan disoal berkaitan dua bahagian, iaitu Ujian Psikometrik dan Ujian Pengetahuan Am.

    Untuk tips Ujian Psikometrik, adik kena andaikan adik ingin jadi seorang pegawai separa perubatan yang terbaik.. Jadi soalan yang dijawab mestilah positif terhadap pernyataan positif dalam soalan tersebut.

    Jangan pening lagi. Contohnya begini. 

    Soalannya bertanya kan "Saya tidak suka bangun awal pagi". Jawapan pilihan A. Ya, B. Tidak. Jadi adik mestilah jawab Tidak. Kenapa Tidak ? kalau hendak menjadi pegawai separa perubatan, mestilah adik boleh bangun pagi (walaupun adik masa sekarang bukanlah hari-hari bangun pagi kan?) .

    Kalau adik tak tahu nak buat persiapan untuk peperiksaan online separa perubatan ni, adik boleh lah download Rujukan peperiksaan online Separa Perubatan di sini.

    Nota. Nota ini dalah fail PDF (macam microsoft word, tetapi tidak boleh diedit).

    Cara melakukan pembelian.
    1. Klik DISINI untuk memulakan tempahan
    2. Klik pada butang Tempah Sekarang
    3. Pilih Pakej Panduan Yang dikehendaki. 
    Saya bagi contoh : Sekiranya ambil Pakej Basic, adik akan mendapat Rujukan Exam Online Separa perubatan (dalamnya ada 20+ nota peperiksaan, 200+ contoh soalan, Tips menjawab soalan peperiksaan, ulasan tentang format peperiksaan 2015). 

    Jika adik membuat pilihan pakej super, adik akan mendapat tambahan Panduan Rujukan Pantas Temuduga separa perubatan. Jadi selepas keputusan peperiksaan diumumkan, jika adik sudah lulus dan layak ke temuduga, terus baca panduan temuduga ini untuk membuat persiapan lanjut.

    Klik Tempah Sekarang mengikut pilihan Pakej yang dikehendaki

    4. Jika adik sudah membuat pilihan, klik pada bahagian butang di bawah pakej tersebut (Tempah Sekarang).

    5. Seterusnya masukkan emel gmail atau yahoo. Rasanya kebanyakan menggunakan emel gmail kan? Kemudian klik button Proceed to checkout

    Masukkan emel gmail yang masih aktif kerana panduan akan dihantar ke emel tersebut nanti.
    6. Seterusnya ,lihat pakej yang terpapar di bahagian atas, adakah sama dengan pakej yang dipilih. Jika dah betul, isikan maklumat yang diperlukan.

    Pastikan untuk mengisi maklumat dengan betul ye.
    7.  Seterusnya, klik pada pengesahan pembelian (Klik kotak accept tu je) , dan tekan butang Pay Now.
    Jangan lupa klik dalam kotak I Have read and accept the terms.
    8. Buat pembayaran ke akaun yang disediakan dalam page berikutnya.

    9. Sesudah pembayaran dilakukan, isi maklumat pembayaran di laman web tersebut (atau boleh semak emel yang dihantar).

    10. Untuk memudahkan verifikasi, diwajibkan menghantar bukti pembayaran (sama ada slip bank ataupun screenshot pembayaran online maybank2u atau cimbclicks) kepada emel yang diterima nanti.

    Jika adik menghadapi kesukaran, boleh emel ke aimanprubsn@gmail.com untuk bantuan ye.

    Semoga adik - adik berjaya menduduki peperiksaan separa perubatan dengan jayanya. Ameen..


    No comments:

    Post a Comment

    Fashion

    Beauty

    Travel