• Breaking News

    Perkongsian tentang tips-tips perniagaan online, motivasi dan kehidupan. Saya akan kongsikan perniagaan membuat duit yang halal dan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja.

    Tuesday 8 December 2015

    Buat Duit Dengan Pemasar Ekslusif Edymall



    Kalau tuan / puan sedang mencari jalan membuat duit secara online, saya ada talian hayat untuk anda.

    Jika sebelum ini saya banyak menerangkan tentang panduan buat duit di pasaran USD, mungkin ramai yang masih takut-takut. Boleh percaya ke? ataupun macam mana nak ambil duit USD tu masuk dalam akaun kita.

    Kali ini saya nak cadangkan untuk anda menyertai Pemasar Ekslusif Edymall. Sebelum tu, pernah dengar ke Edymall ni?

    Latar Belakang Edymall


    Edymall adalah sebuah portal jualan online yang telah beroperasi sejak 2012. Dalam website E-Dagang Edymall , terdapat ramai usahawan yang memasarkan produk mereka di sini.

    Untuk membantu meningkatkan jualan mereka, sudah tentulah mereka memerlukan agen yang akan menceritakan tentang produk mereka. Dari situlah Edymall membuka peluang ber"JointVenture" atau usahasama dengan rangkaian usahawan ini.

    Malah Edymall merupakan rakaniaga untuk peserta Bahtera iaitu Bumipreneurs of Tomorrow yang mana ahlinya adalah di kalangan usahawan bumiputera.

    Apakah Produk Yang Terdapat di Edymall ?


    Pernah masuk ke Pasaraya Giant ataupun Tesco tak? Ada macam-macam kan? Macam tu lah juga Edymall, semua barang yang boleh diniagakan secara atas talian ataupun secara "offline" boleh didapati disini. Anda boleh memasarkan pakaian, produk kecantikan, produk halau nyamuk dan lipas, Lamb Chop pun ada. 

    Jadi pendek kata, ada pelbagai produk yang boleh anda pilih niche kesukaan anda untuk dipasarkan, walaupun anda TAK SIMPAN STOK pun. Saya pun memahami kalau kita nak mula niaga, nak kena ada stok di tangan. Tetapi dengan Program Edymall Dropship anda tak perlu keluarkan modal satu sen pun. Mudah kan?

    Bagaimana Nak Mula / Nak Daftar Sebagai Pemasar Edymall?


    Sebelum saya terangkan bagaimana nak daftar sebagai Pemasar di Edymall, lebih molek saya terangkan beberapa kategori Pemasar yang terdapat di Edymall.

    4 Kategori Pemasar Edymall

    1. Dropship Percuma

    Sekiranya anda memang tak ada modal langsung, ini adalah platform permulaan anda yang paling sesuai. 

    Dengan menjadi Dropship Percuma Edymall, anda akan mendapat harga potongan daripada harga asal produk.



    Katakan produk A berharga RM30, dan sebagai dropship, anda mendapat harga jualan RM20. Ini bermakna, anda hanya perlu promosikan kepada rakan anda produk tersebut dengan harga jualan RM30.

    Setelah anda menerima pembayaran daripada pelanggan / rakan anda, anda hanya perlu membuat tempahan produk tersebut di dalam website Edymall dengan hanya membayar sebanyak RM20 sahaja kepada pemilik produk serta maklumat pembeli. Anda untung RM10 melalui transaksi ini.

    Pemilik produk akan menguruskan proses penghantaran produk ke pintu rumah pelanggan / rakan anda tadi. Mudah ke mudah?? ye sangat mudah konsep dropship ini.

    2. Pemasar Eksklusif

    Pemasar Eksklusif masih lagi menggunakan konsep Dropship seperti di atas. Perbezaannya, hanyalah margin keuntungan yang lebih besar. Jika anda menjadi Dropship percuma, ada di antara produk yang dipasarkan tidak memberikan diskaun sebagai dropship, jadi anda tidak berpeluang menjana keuntungan yang lebih. 

    Dengan mendaftar sebagai Pemasar Eksklusif Edymall, anda bakal menikmati margin keuntungan yang LEBIH BESAR. Yang kedua, ada sesetengah produk hanya pemegang lesen Pemasar Eksklusif sahaja yang boleh menjadi rakan pemasarnya.

    Ketiga, anda juga bakal menikmati diskaun untuk sebarang bengkel menghasilkan jualan ataupun seminar - seminar yang dianjurkan melalui Edymall.

    Keempat, anda diberi hak EKSLUSIF atau advantage sekiranya terdapat peluang bisnes yang boleh dikongsikan kepada rakan pemasar.

    Yang kelima, pemasar eksklusif yang proaktif akan mendapat peluang menjadi rakan niaga utama kepada Edymall.

    3. Pemasar Kawasan Poskod

    Pemasar Kawasan Poskod atau lebih senang kita namakan sebagai Stokis. Ianya adalah peluang untuk mereka yang mahu menjadi Ketua di kawasan tersebut. Contohnya, Ali menetap di kawasan Cheras dengan Poskod 43210. Sesiapa yang lain tidak boleh lagi menjadi Pemasar Kawasan Poskod sekiranya Ali merupakan orang pertama di kawasan tersebut.



    Pemasar Kawasan Poskod hanya untuk produk tertentu sahaja. Sehingga kini, 4 Produk / Servis yang menawarkan Pemasar Kawasan Poskod iaitu Jam Tawaf Hijra, Brosche (Brooch), The Midwest Griller (Makanan) dan Jom Printing (Servis Percetakan).

    4. Promo Code

    Promo Code adalah untuk mana-mana ahli yang ingin menjadi affiliate sahaja, iaitu memberikan link jualan sesuatu tiket seminar. Di Edymall terdapat beberapa seminar keusahawanan yang diadakan.

    Promo Code sesuai untuk blogger yang tak suka membuat jualan secara terang-terangan. Mereka hanya perlu tulis artikel dan membiarkan orang yang mencari maklumat tentang seminar terjumpa secara tak langsung.

    Status Nombor Keahlian Pemasar Edymall

    Berikut adalah status nombor keahlian bagi pemasar edymall :
    1. KP - Kawasan Poskod
    2. PE - Pemasar Eksklusif
    3. DP - Dropship Percuma
    4. PC - Promo Code

    Saya telah menjadi ahli Eksklusif Edymall sejak awal dilancarkan lagi sehingga sekarang. Boleh tengok gambar di bawah.

    Status Code PE bermaksud Pemasar Eksklusif

    Klik Butang Di Bawah Untuk Daftar Sebagai Dropship Percuma (Sementara masih PERCUMA!). 



    1. Apabila klik butang ini, anda akan buka satu website, yang mempunyai halaman seperti di bawah. 

    Isikan semua maklumat yang diperlukan. 

    Rujukan semasa mengisi borang pendaftaran : 
    • First name - Isikan nama anda
    • Last name - Isikan nama ayah
    • Phone - Isikan nombor telefon
    • Account Type - Affiliate
    • Email - masukkan email yang aktif
    • Password - masukkan kata kunci pilihan
    • Confirm Password - sahkan kata kunci pilihan
    Kemudian klik butang Submit.



    Laman Pendaftaran Agen Dropship Edymall

    2. Anda akan menerima pengesahan emel selepas pendaftaran sebagai notification @ pemberitahuan.

    3. Sila klik pada bahagian My Accounts , seterusnya Profile Details. (Sila login semula jika anda tidak masuk ke dalam sistem Edymall)

    4. Apabila paparan telah keluar, klik pada Tab Usergroup, dan klik Join untuk mendapatkan status Dropship Percuma.

    5. Sila tunggu beberapa jam untuk pendaftaran dropship percuma disahkan. Kemudian anda akan dapati harga diskaun untuk beberapa produk di Edymall.

    6. Anda akan dijemput menyertai group tertutup dropship Edymall untuk bahan promosi dan juga kaedah promosi produk, serta makluman produk terbaru.

    7. Selebihnya hanya perlukan kreativiti untuk anda memperkenalkan produk edymall kepada rakan anda. Tipsnya mudah, tidak perlu menjual untuk menjual. Hanya kongsikan kelebihan produk tersebut.

    Jadi, jika belum ada idea nak jual apa, join Dropship Percuma di sini.

    No comments:

    Post a Comment

    Fashion

    Beauty

    Travel